Sunday, April 29, 2012

Hutan Bandar Taman Mutiara Rini Johor Bharu

Hutan Bandar Taman Mutiara Rini Johor Bharu 



Taman Mutiara Rini, bagi saya adalah sebuah taman perumahan yang selesa, tenang dan 'best' untuk saya sebagai remaja tinggal. Banyak kemudahan disediakan di sini. Sekolah rendah ada, sekolah menengah ada.  Kedai runcit ada di Mutiara Rini, bahkan Kedai Runcit yang memasarkan produk halal keluaran IKS Bumiputera turut ada di Mutiara Rini, klik di http://sahabatroselle.blogspot.com/2012/01/sahabat-roselle-marketing-mutiara-rini.html

Hmm, ada pelbagai perniagaan di majukan di sini. Ada kedai perabot, klinik swasta, kedai jahit, kedai baiki kereta dan pelbagai kedai ada di sini. Selain itu, Masjid Jawaher Mutiara Rini juga aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan untuk semua golongan.

Hutan Bandar Mutiara Rini adalah sebuah tempat riadah yang sangat unik dan menarik untuk dilawati. Ia lebih kurang sama seperti Hutan Bandar Johor Bahru, yang terletak di Jalan Tasek Utara, Johor Bahru

 

 Walau bagaimanapun, taman rekreasi ini adalah jauh  lebih baik dari Hutan Bandar Johor Bahru. Ia terletak 5 kilometer dari pusat bandaraya Johor Bahru, terletak betul-betul di belakang Taman Mutiara Rini, ditepi jalan besar menuju ke Gelang Patah.


Seperti mana taman rekreasi yang lain, tempat ini menyediakan kepada pengunjung  kemudahan sukan. Anda boleh bermain bola keranjang, bermain sepak takraw, bermain badminton, berjoging atau berjalan-jalan di trek pejalan kaki. 

 Jika anda mahu bermain layang-layang anda tidak perlu pergi ke Bukit Layang-layang Pasir Gudang , anda boleh bermain di sini, kerana disini disediakan kawasan terbuka yang luas bagi pengunjung untuk bermain Layang-layang..

sumber; di sini 




0 comments:

Post a Comment